Wednesday, December 8, 2010

The Arrogant M vs The Stone Cold F (5)

  Pagi ini indah seperti biasa.chewah! ayat macam lirik lagu band Hujan.he.he. Lagu 'No Boundaries' nyanyian Kris Allen memecah kesunyian di rumah bernombor 67 Taman Akasia itu. Terlihat Mr. Arrogant sedang bersiap-siap. Dia memakai T-shirt putih stripe dan jeans season kesukaannya.Cukup ringkas tetapi masih dapat menarik perhatian gadis-gadis tatkala melihatnya. Bak kata orang, kalau muka da lawa, pakai apa pon lawa. Setelah berpuas hati dengan penampilannya,dan menutup radio, Mr. Arrogant bergegas turun dan menyambar kunci keretanya yang terletak di atas meja study. Ejan, teman serumahnya sudah menanti di pintu.

   "Cepatla M. Cite start pukul 12.30 nanti. Sekarang da pukul 10.30 pagi. Kite kena amik tiket 45 minit sebelum movie start." Ejan. memang punctual orangnya. Kalau janji pukul 10, 15 minit awal pasti sudah terlihat kelibatnya. Mungkin itu rahsia temannya yang seorang ini sering mendapat Anugerah Dekan setiap kali exam.

    Enjin kereta dihidupkan dan kereta MyVi milik Mr. Arrogant meluncur laju di highway menuju ke JUSCO Bukit Tinggi Klang. Kereta diparkir dan mereka sempat menyambar tiket yang telah dibooking itu tepat jam 11.45 pagi. Sementara menunggu movie the Unstoppable ditayangkan, mereka mempunyai 45 minit untuk mengisi masa mereka itu. Ejan mengajak teman serumahnya itu meng'usha' YES. Year End Sale. Almaklumla, time2 hujung tahun macam ni la baru nk dpt baju harga murah kaw2 punya. window shopping! EH,laki zaman sekarang pon tau window shopping tau! he.he.

    45 minit telah berlalu. Kedua-dua sahabat itu kini di dalam panggung bersama pop corn mereka. Movie the Unstoppable mula ditayangkan. Permulaan ceritanya, Mr. Arrogant berasa agak bosan tetapi mulutnya tidak berhenti mengunyah pop corn yang berada di tangannya. Namun, jalan cerita movie itu semakin menarik membuatkan Mr. Arrogant berhenti menyuap pop corn ke dalam mulutnya. Seusai movie itu, Ejan mengajak temannya makan di Food Court. Ejan dan Mr. Arrogant telah tinggal serumah selama 2 tahun. Banyak yang mereka tahu tentang satu sama lain. Sedang mereka bersemangat melahap makanan dihadapan mereka itu, tiba-tiba Mr. Arrogant berhenti menyuap. Matanya tertumpu kepada sesuatu. Seorang gadis dan disisinya seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Gayanya seperti lelaki itu boyfriend kepada gadis itu. Mr. Arrogant amat mengenali gadis itu. Layla! Seorang gadis yang pernah disayanginya sebelum ini. Walaupun sudah 3 tahun mereka berpisah, Mr. Arrogant masih mengingati gadis itu. Takkan pernah lupa! Tapi...melihat gadis itu bersama teman barunya, selera Mr. Arrogant terbantut. Perlahan dia meletakkan sudunya dan meminta diri untuk ke gents. Ejan...masih lagi berselera melahap Mee Sizzlingnya. HUH! Memang fokus betol budak Ejan nih makan. Hingga tidak perasan langsung kekeruhan yang bertandang di wajah teman serumahnya itu.

    Mr. Arrogant keluar dari gents dengan 1001 perasaan yang bercampur baur. Moodnya sudah hilang. Dan terlihat dari hujung Food Court itu seorang perempuan sedang sibuk mencari sesuatu di dalam tas tangannya dan disebelah kiri tangannya pula memegang gelas berisi jus tembikai dan.....BUK! T-shirt putih Mr. Arrogant telah bertukar warna. Diwarna oleh air jus tembikai yang dipegang oleh gadis tadi. Merah muka Mr. Arrogant menahan marah. Manakala si gadis kaget. Rasa bersalah kerana kecuaiannya sebentar tadi. Bersungguh-sungguh si gadis meminta maaf. Terus dikeluarkan tisu dari tas tangannya namun belum sempat si gadis mahu mengelap kesan tumpahan air tersebut, suara Mr. Arrogant menggegarkan kawasan Food Court itu. Sudahlah dia sakit hati dengan insiden melihat bekas kekasihnya tadi, kini lagi satu masalah. Hilang terus kesabarannya.
  
    "Hey perempuan!! Mata tu kau letak kat mana?? Kalau da buta, lain kali jalan bawak teman!" keras suara Mr. Arrogant. Perempuan itu terpana. Terkejut barangkali pabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya itu. Merah muka gadis itu menahan malu. Ejan bergegas menarik tangan temannya yang sedang mendidih itu keluar dari Food Court.

   "Faina?? Ko ok x nih?? Aku tau ko xsengaja " Emma turut mengajak sahabatnya itu keluar dari Food Court. Gile betol lelaki itu. Harap muka jeh hensem! 'Kesian kau, Faina. Ini sudah kali kedua kau kena dengan mamat tu' ujar Emma dalam hati.

~bersambung~

No comments:

Post a Comment