Monday, December 6, 2010

The Arrogant M vs The Stone Cold F (4)

      Mr. Arrogant buat muka coolio bersahaja. Control macho macam xde pape yg berlaku. Tapi dalam hati Tuhan sahaja yg tau. Mane la tau kan kalau tiba-tiba gadis yang sedang panas mendidih itu bagi penumbuk sedas ke mukanya yang agak hensem tu. PARAH! Semakin hampir langkah gadis itu ke arahnya, semakin laju degupan jantung Mr. Arrogant. Papehal boleh jadi nih! Dan sekarang gadis itu betul2 berdiri dihadapannya dengan pandangan yang berapi2...marah benar! ....tapi...Mr.Arrogant pula....erk??!! e'eh mamat nih. Sengih2 plak.

      "Hoi! Perlu ke sepak menyepak batu kat tempat macam nih. Siap kena orang pulak 2. Dah 2 boleh sengih2 pulak. Perkataan maaf pun tarak. Kalau dah kuat sgt, sepak la semua batu yang ada kat sini. Tu batu sungai tu besar lg, ha..boleh sepak. Test power kaki 2, kuat xkuat? " si gadis itu meluahkan amarahnya. Geram betol!

      Tapi...Mr. Arrogant masih diam membatu. Dalam hatinya menggeletek ketawa. Kelakar betul perempuan depan aku nih. Marah2 pon leh wat kelakar. HAHA! Tawanya hanya pecah dalam hati. Eh, mane boleh pecah di mulut. Nahas dia nanti! Control M! Control! Dengan susah payah menahan gelaknya agar tidak bertabur di hadapan gadis itu, Mr. Arrogant membalas,

        "Yang awak duduk kat situ sape suruh? Dah nasib awak hari ni kena sepak dengan batu yang disepak oleh SAYA, redha jelah. by the way, saya sepak batu tu mana ikut angle, dah kena nasiblah " dan Mr. Arrogant berlalu. Masih lagi dengan keslumberan yang jelas terpancar di wajahnya.

       Sebaik sahaja melepasi gadis itu yang tercengang mendengar jawapan 'indah' dr mulutnya,
"Fuh! Hebat betol ak ni" ketawa besar Mr. Arrogant dalam hati. Manakala, si gadis itu, merah padam mukanya tatkala diperlekehkan sebegitu rupa. Rasa nak hempuk jeh lelaki itu! Lalu gadis itu kembali semula ke tempat dia bersemayam bersama sahabatnya, Emma sebentar tadi. Emma merenung sahabatnya yang telah dikenali selama 2 tahun itu sambil tersenyum.

       "Ko ni kan Faina, xreti nak sabar. Mamat macam tu punya hensem pun kau balun. Nanti xde sape nak kat kau baru tau" pecah ketawanya melihat muka kelat Faina. Faina mencebik.Protes! Sakit di badannya masih terasa, sekarang ditambah pula sakit dihatinya sesedap rasa. Lelaki semuanya sama!

No comments:

Post a Comment