Monday, January 31, 2011

~~~santai-santai cari ilmu~~

CNY tym!! ^_^  holiday is the best part ar ble assingment da start menimbun, ble kuiz dtg berguling2 n tests melayang2 dlm pale nih...mse nih ar nk relax2 sehari dua. Maka, ak bersme askar-askar terbaekku berkunjung ke petrosains KLCC. klu dlu g xphm sepatah haram pe yg de kt sne...psl petroleum la, atom la...ble da besar cmni dan mendalami bidang kejuruteraan kimia nh bru ar reti nk phm term2 pe yg de kt sne. bru gerak santai yang menarik bai. jom2 tgk pe yg kami seangkatan buat kt sne~~~~













                                   ~~~~~~~~~~~~SANTAI-SANTAI CARI ILMU~~~~~~


Ciri-ciri orang yang menyayangi kamu...^_^


Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.~~~
  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

  • Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

    "Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

    Saturday, January 29, 2011

    HOMO SAPIEN!!

    Homo sapien??? pe bende 2?? kepada yg xamek kos sains biologi confirm xtau pe bnde menatang nh kn? Homo sapien = M.A.N.U.S.I.A dlm bhse saintifik. sape yg xtau ..ha,nh ilmu baru utk korg. nape tetbe ak nak ckp psl Homo sapien nh ek?? mcm xde topik laen jeh kn?? HA.HA. memandangkan ak nih de la sikit sebanyak ilmu sains nh..meh2 ak share ckit pe yg ak tau.

    Kat universiti, ak de ar amek program management of human mind. yala. memandangkan kdg2 minda ak nh de wayar yg putus, so ak rse program nh mcm sesuai sgt la ngan ak. haha. ok.back to da main topic, 1 day nh my lecturer bg task. lbey kurg cmnh la task dia. " Sila cari 4 rahsia kejadian manusia dan sy akan tnye minggu dpn". Maka, ak berfikir. pe kaitan rahsia kejadian manusia nh ngan pengurusan minda?? Ak menyelongkar seluruh laman sesawang utk mencari rahsia kejadian manusia. Masya Allah. Semakin ak mencari, semakin ak nak tahu siapa sebenarnye Homo Sapien nh...dan de beberapa rahsia yg ak jumpe wat ak sendiri kagum dgn ciptaan Yang Maha Esa.

    Setiap Homo Sapien de tulang. itu sume org tau. tp yg orang kita jarang nk amek tau..manusia nh de 360 tulang yang menyamai 360 darjah putaran bumi. FYI, manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar. DAN secara  lazimnya  manusia berjaga setiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka, dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rakaat. Masya Allah...hebat sungguh ciptaan Allah. Masih lagi maen 'push n pull' dgn syariat Islam?? FIKIR-FIKIRKANLAH...yeh..

    Ak bukan nak berdakwah ke ape...hanye berkongsi ilmu n biaselah kita kn..INSAN yg dtg dr perkataan arab yang bermakna LUPA. maka, ingat-mengingatkan 2 kn xslah.??? ^_^

    Manusia itu kan sebaik-baik ciptaan. SO, kene la jge title 2 sebaek-baeknye. jgn sampai manusia laen mengata kita xubah mcm binatang. Fikir-fikirkan dan selamat beramal!! hehe ^_^

    Sunday, January 23, 2011

    KURA2 yang DAH MAJU!!^_^

     TAHNIAH ar kura-kura. berjaya gak ak meng'inject' otak ko yg masuk air tu wat blog.HA.HA.HA.
     ckup xsangka ak, ko berjaya memanjat dinding keegoan ko yg thp petala kelapan tuh ....dan terhasil la karya pertama ko...DAH SAKIT HATI. bagus2! kih3. 2 la ko..dulu mengutuk ak thp xigt..kan dah tersungkur gak. ngeh3. KURA2 skrg dah UP TO DATE meh! BERTEKNOLOGI TURBO! hahahahhahaha. CONGRATULATION KURA2!!!!^_^




    Friday, January 14, 2011

    the new me !!

    hye!! i'm back. smlm hang out with k.ana. seronok! hlg seribu mcm equation heat transfer yg ak xphm.hahaha
    actually ktorg celebrate her birthday. glad she happy hang out with me. k la. nothing much to say. adios~

    Saturday, January 8, 2011

    cool ke?

    ok.lme suda jari2 lincahku menaip di papan kekunci laptopku.wahahaha! ayat xmenahan. yes! i'm back! ak da pon melangkah ke 1 lg semester. no more freshie title.he.he. tp diz sem agak mencabar bagiku. btol2 menduga kemantapan rohani,jasmani dan intelektual ak untuk berfikir,menilai dan melakukan. ayat ak mcm sarkastik tapi itulah yang ak rse diawal sem ini. tp syukur pada Allah sbb masih lg mengurniakan ak insan2 yang boleh membantu atau sekurang2nya ckp HYE kt ak.hahahaha.eh? 2 membantu gak pe? xde ar ak stress semedang.haha. seminggu suda ak rse kehilangan, dan YES!! i made it! no cry beb! hahaha. ssh tp BOLEH! boleh dikire cool la ak nh kn? hik3. de jge yg bertnye kpdku, lme btol xnmpk ak di fakulti. maka muncullah dibenakku pernah ke ak nmpk dia sblm nh? hahahaha. kejam tol ak ini.ngeh3. concern btol beliau. sebenarnye  hari2 ak de kt fakulti, cme class xsme.cmne nk jumpe? hahahahha.pe da.rmai jge yg bertanye, sedihkah ak? ok kah ak? dan jwpn ak adlh hahaaahahahahha. let by gone be by gone. dun ever dare 2 ask me dat question.( pergh! mcm ganas jeh bunyinye). sincerely, ak ok jeh. nak kate da lupe terus 2 xla. tp ak OK. ^_^ cool jeh. think positive.selagi u guys nmpk ak leh ketawa,means ak OK la 2. 4  now, NO GUYS NO CRY! i'm back 2 my own principe tym skolah dlu.hehe. skrg,ak perlu terus menapak ke depan. pe yg dibelakang ak da xheran. sound a little bit selfish but smpai ble ak nk biar org pijak pale ak kn?? kn?? wohhooo. the COOLIO me. ^_^