Friday, August 12, 2011

ikan emas ===> NAGA!!!

 
  

 Ceritanya begini....

"Di suatu kampung, di sebatang sungai, hidup seekor ikan emas. Di hujung sungai tersebut, terdapat kawasan sungai yg tinggi sedikit dari tempat si ikan emas itu berada sekarang. Si ikan emas itu mahu ke kawasan yang tinggi tersebut,maka ia pun berenang ke hujung sungai. Sesampai di sana, ikan emas itu melompat dan sampailah ia di kawasan sungai yang tinggi td. Kemudian ia pun terus berenang dan terjumpa lagi tebing yang lebih tinggi. Maka, si ikan emas itu melompat dan melompat hingga berhari-hari lamanya. Akhirnya sampai juga ia  di kawasan tebing sungai yang lebih tinggi dr sungai yang tadi. Lalu,si ikan emas ini meneruskan perjalanannya. Dan kini dia berjumpa dengan air terjun yang sgt tinggi. Dan ia mahu melepasi air terjun itu untuk ke seberang sungai sana. Lalu, si ikan emas ini terus berlatih melompat dan melompat dan melompat hingga memakan masa beratus-ratus tahun lamanya. Sesampai sahaja ikan emas itu di atas puncak air terjun itu, ia telah bertukar menjadi NAGA yang kuat dan gagah."



 Cerita ini ak dapat dari seorang guru yang telah lanjut umurnya dalam sebuah program TRANSFORMASI yang ak hadiri sabtu lepas. Guru ini kecil sahaja orangnya dan melangkah kehadapan ketika ditanyakan oleh Pengerusi Majlis soalan dari sidang dewan. HEBAT! itu sahaja yang mampu ak katakan bila ak dengar butir2 cerita dr guru lelaki tersebut. Katanya dia bukan mahu memberi soalan tetapi berkongsi dalam masa yang singkat tatkala sidang dewan yang lain lebih banyak bercerita yang ak pon xberapa paham titik tolaknya. Tetapi cerita  dari guru itu ringkas tetapi tepat dan padat. TRANSFORMASI MELAYU yang harus kita pandang serius. BENAR! Melayu kita boleh menjadi NAGA! ATAU Melayu kita memilih untuk terus menjadi IKAN EMAS di sungai yang tenang. RENUNGKANLAH~~

2 comments:

  1. ohh. mula mula xfaham apa motif ikan emas tu lompat2. rupa2 nya. itulah MELAYU. haish.

    ReplyDelete