Monday, August 1, 2011

PUASA!! PUASA!! PUASA!!!


 " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" (Al-Baqarah : 183) 

DAN.....RAMADHAN telah melabuhkan tirainya. SELAMAT BERPUASA!!!! Puasa yang disebut dalam ayat Al-Quran di atas ialah bulan Ramadhan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Thalhah bin 'Ubaidillah ra. :

Bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda: puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi: Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku?. Beliau bersabda: tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah."

Jadi, berpuasa di bulan Ramadhan itu WAJIB. xde istilah puasa yangyok, puasa2 bukak periuk yeh. itu kalau budak umur 5-6 tahun leh la. klu umur da tua bangka, da patut kahwin tuh, xpayah la nak berangan puasa setengah2 hari nih. wat malu dek budok kecik yo! budak2 skrg umur 7 tahun pun da boleh puasa PENUH la der. ...

okay,back to basic. yang ak nak kongsi nih adalah kelebihan kita berpuasa nih. Jangan fikir puasa nih memenatkan badan jeh. THINK POSITIVE!

Penyelidik ilmu perubatan sudah membuktikan bahawa puasa nih dapat membuang toksik dari badan seterusnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon dari Amerika, " Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan perut."

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan (digestion), otak kita tak dapat berfungsi dengan baik. Ia disebabkan kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. So, da dpt jawapan kenapa selalu mengantuk lepas makan bukan??? =) Sebab itu apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak akan menjadi lemah dan tubuh akan menjadi MALAS. Tetapi, jika BERPUASA, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak sahaja. Maka, otak dapat bekerja dengan lancar dan kita dapat menjalankan aktiviti2 yang berkaitan dengan mental dan fizikal yang berkesan. 

BUKTI?????????? 

Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa dengan berpuasa dapat mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian yang telah dilakukan terhadap sekumpulan individu yang rajin berpuasa dan sekumpulan individu yang tidak berpuasa. Keputusan yang diperoleh ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. 


JADI, NAK JADI PANDAI ...KENA LA PUASA SELALU....=)


disamping mengejar duniawi, akhirat juga harus dikejar. =) wslm.












1 comment:

  1. ye semoh ye. sbb tu masa kat hostel sy selalu puasa sunat. cewahh haha

    ReplyDelete