Sunday, August 14, 2011

hey lelaki!!

Hey Lelaki! 
Andai kau fikir wanita itu lemah,
Mengapa tidak kau jadi perisai mereka?
Sebaliknya menjadi 'Singa' yang menggila?

Hey Lelaki!
Andai benar kamu itu gagah perkasa,
Mengapa rumahmu tempat kau beradu tenaga?
Kuatkah kamu di kala menindas isteri dan anak yang tidak berdosa?

Hey Lelaki!
Benar kau itu pemimpin.
Tetapi mengapa bentengmu wanita-wanita?
Lari ke mana kekuatan yang kau canang satu dunia?

Hey Lelaki!
Hebatkah kau meragut sesuatu yang bukan hakmu dari wanita?
Adakah kerana kau terlalu hebat?
Hingga kau lupa Allah itu Maha Berkuasa?

Hey Lelaki!
Mengapa salahmu diletak pada wanita?
Hina benar wanita di matamu
Sedang agama mengangkat wanita semulia-mulianya.

Wahai Lelaki,
Ingatlah! Sehebat mana pun kau di dunia ini,
Sekuat mana pun kau di alam ini,
Kau terlupa.....ALLAH itu Maha Berkuasa
Yang akan mengadilimu seAdil-adilnya.




Aku tidak prejudis pada lelaki. Tetapi aku melihat kepada masalah duniawi yang menyalahkan wanita atas segalanya. Mengandung anak luar nikah??? Dikata wanita itu tidak menjaga dirinya. BENAR! Tetapi ke mana hilangnya si "bapa" jika hebat benar bermain kata?? Mengapa hilang tanpa khabar berita?? Bagiku Lelaki itu tidak hebat.TIDAK kuat. selagi dia belum benar2 mengenali agama dan tanggungjawabnya. 
SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRIKU DAN SEMUA~

2 comments: