Saturday, August 20, 2011

pelik !!!!!!!!!

pernah tgk dracula berbaek dgn itik???

we're happy family ;)




atau..........

pernah tgk tupai membelasah gajah hingga terkulai??? dan pernah tgk kentang bersorak girang melihat si gajah perkasa kalah???

heeeyah!!!! 







dan pernah tengok burung hantu bergossip di siang hari???

"ko tau ed,mlm td ak nampak...*teeet*"
"la...yeke?? asal xajak ak skali"




dan pernah lihat mereka yang tidak seibu sebapa tapi ceria dan bahagia malah bulu juga berbeza????


bahagia bukan???? weee :)


inilah kawan2 saya mase kecik2 dolu....comel bukan?? heee. credit to Meck Don kerana selalu menghadiahkan sy menatang2 ini tiap2 kali mkn di sana. =) haaa...jgn copy2 tau. hak cipta terpelihara nh. bulan posa nh. i don't like copy paste. =)







Friday, August 19, 2011

blog makeover!


yezza!!!!!!!! berjaye gak ak makeover blog ak nih. credit to cik bieyha (oopss klu slh eja.hee) http://nabiyha-lovalife.blogspot.com/p/tutorial.html 
         pape pon mmg ak puas ati ngan hasil kerja ak nih.heeeeeeeee. =)




Sunday, August 14, 2011

hey lelaki!!

Hey Lelaki! 
Andai kau fikir wanita itu lemah,
Mengapa tidak kau jadi perisai mereka?
Sebaliknya menjadi 'Singa' yang menggila?

Hey Lelaki!
Andai benar kamu itu gagah perkasa,
Mengapa rumahmu tempat kau beradu tenaga?
Kuatkah kamu di kala menindas isteri dan anak yang tidak berdosa?

Hey Lelaki!
Benar kau itu pemimpin.
Tetapi mengapa bentengmu wanita-wanita?
Lari ke mana kekuatan yang kau canang satu dunia?

Hey Lelaki!
Hebatkah kau meragut sesuatu yang bukan hakmu dari wanita?
Adakah kerana kau terlalu hebat?
Hingga kau lupa Allah itu Maha Berkuasa?

Hey Lelaki!
Mengapa salahmu diletak pada wanita?
Hina benar wanita di matamu
Sedang agama mengangkat wanita semulia-mulianya.

Wahai Lelaki,
Ingatlah! Sehebat mana pun kau di dunia ini,
Sekuat mana pun kau di alam ini,
Kau terlupa.....ALLAH itu Maha Berkuasa
Yang akan mengadilimu seAdil-adilnya.




Aku tidak prejudis pada lelaki. Tetapi aku melihat kepada masalah duniawi yang menyalahkan wanita atas segalanya. Mengandung anak luar nikah??? Dikata wanita itu tidak menjaga dirinya. BENAR! Tetapi ke mana hilangnya si "bapa" jika hebat benar bermain kata?? Mengapa hilang tanpa khabar berita?? Bagiku Lelaki itu tidak hebat.TIDAK kuat. selagi dia belum benar2 mengenali agama dan tanggungjawabnya. 
SEKADAR RENUNGAN BUAT DIRIKU DAN SEMUA~

Friday, August 12, 2011

ikan emas ===> NAGA!!!

 
  

 Ceritanya begini....

"Di suatu kampung, di sebatang sungai, hidup seekor ikan emas. Di hujung sungai tersebut, terdapat kawasan sungai yg tinggi sedikit dari tempat si ikan emas itu berada sekarang. Si ikan emas itu mahu ke kawasan yang tinggi tersebut,maka ia pun berenang ke hujung sungai. Sesampai di sana, ikan emas itu melompat dan sampailah ia di kawasan sungai yang tinggi td. Kemudian ia pun terus berenang dan terjumpa lagi tebing yang lebih tinggi. Maka, si ikan emas itu melompat dan melompat hingga berhari-hari lamanya. Akhirnya sampai juga ia  di kawasan tebing sungai yang lebih tinggi dr sungai yang tadi. Lalu,si ikan emas ini meneruskan perjalanannya. Dan kini dia berjumpa dengan air terjun yang sgt tinggi. Dan ia mahu melepasi air terjun itu untuk ke seberang sungai sana. Lalu, si ikan emas ini terus berlatih melompat dan melompat dan melompat hingga memakan masa beratus-ratus tahun lamanya. Sesampai sahaja ikan emas itu di atas puncak air terjun itu, ia telah bertukar menjadi NAGA yang kuat dan gagah."



 Cerita ini ak dapat dari seorang guru yang telah lanjut umurnya dalam sebuah program TRANSFORMASI yang ak hadiri sabtu lepas. Guru ini kecil sahaja orangnya dan melangkah kehadapan ketika ditanyakan oleh Pengerusi Majlis soalan dari sidang dewan. HEBAT! itu sahaja yang mampu ak katakan bila ak dengar butir2 cerita dr guru lelaki tersebut. Katanya dia bukan mahu memberi soalan tetapi berkongsi dalam masa yang singkat tatkala sidang dewan yang lain lebih banyak bercerita yang ak pon xberapa paham titik tolaknya. Tetapi cerita  dari guru itu ringkas tetapi tepat dan padat. TRANSFORMASI MELAYU yang harus kita pandang serius. BENAR! Melayu kita boleh menjadi NAGA! ATAU Melayu kita memilih untuk terus menjadi IKAN EMAS di sungai yang tenang. RENUNGKANLAH~~

kawaii~♥♥♥












PE KEJADAH NIH WEYH?????

haha.EH! suka hati ak la nak letak pe pon kat blog ak> (^_^)  meh cni ak explain ckit. inilah wallpaper 'kawaii' yg ak jumpe kt http://www.zedge.net/  COMEL SGT!!!!!!!!!!! suke gle weyh!!! hahaha. korg xsuke 2 korg punye pasal. ak SUKE OK!!!!!!!!!hik3. otak ak ptg2 nih senget ckit. chiowz~~~♥♥ 

Monday, August 1, 2011

PUASA!! PUASA!! PUASA!!!


 " Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa" (Al-Baqarah : 183) 

DAN.....RAMADHAN telah melabuhkan tirainya. SELAMAT BERPUASA!!!! Puasa yang disebut dalam ayat Al-Quran di atas ialah bulan Ramadhan berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dari Thalhah bin 'Ubaidillah ra. :

Bahwa sesungguhnya ada seorang bertanya kepada Nabi saw. : ia berkata : Wahai Rasulullah beritakan kepadaku puasa yang diwajibkan oleh Allah atas diriku. Beliau bersabda: puasa Ramadhan. Lalu orang itu bertanya lagi: Adakah puasa lain yang diwajibkan atas diriku?. Beliau bersabda: tidak ada, kecuali bila engkau puasa Sunnah."

Jadi, berpuasa di bulan Ramadhan itu WAJIB. xde istilah puasa yangyok, puasa2 bukak periuk yeh. itu kalau budak umur 5-6 tahun leh la. klu umur da tua bangka, da patut kahwin tuh, xpayah la nak berangan puasa setengah2 hari nih. wat malu dek budok kecik yo! budak2 skrg umur 7 tahun pun da boleh puasa PENUH la der. ...

okay,back to basic. yang ak nak kongsi nih adalah kelebihan kita berpuasa nih. Jangan fikir puasa nih memenatkan badan jeh. THINK POSITIVE!

Penyelidik ilmu perubatan sudah membuktikan bahawa puasa nih dapat membuang toksik dari badan seterusnya dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon dari Amerika, " Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan perut."

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan (digestion), otak kita tak dapat berfungsi dengan baik. Ia disebabkan kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. So, da dpt jawapan kenapa selalu mengantuk lepas makan bukan??? =) Sebab itu apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak akan menjadi lemah dan tubuh akan menjadi MALAS. Tetapi, jika BERPUASA, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak sahaja. Maka, otak dapat bekerja dengan lancar dan kita dapat menjalankan aktiviti2 yang berkaitan dengan mental dan fizikal yang berkesan. 

BUKTI?????????? 

Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa dengan berpuasa dapat mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian yang telah dilakukan terhadap sekumpulan individu yang rajin berpuasa dan sekumpulan individu yang tidak berpuasa. Keputusan yang diperoleh ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa. 


JADI, NAK JADI PANDAI ...KENA LA PUASA SELALU....=)


disamping mengejar duniawi, akhirat juga harus dikejar. =) wslm.












SHA LA LA FISH FISH!!!!!

IKAN @ FISH ...siapa x tahu kan? dari kecik parents kita dah ajar.
 
                       " mama, ape tu??"
                   
                     " itu ikan, syg. FISH! " kata si ibu sambil tersenyum.

WAH! gitu. tapi takkan kita nak kenal ikan sebagai ikan selamanya kan???? memandangkan kita sekarang di era R&D, semua kena selidik. LAI2 bersamaku menjelajahi dunia ikan yang penuh misteri. ( ade gaye x?? haha)


IKAN MAS

                                            BUTTERFLY TAIL

                                               BUBBLE EYE


IKAN PURBA



IKAN CANTIK!!!!!!!!!!!!!!!=)




 ini baru sikit jeh spesis yang aku ambik. menarikkan semua ikan-ikan nih??? ikan adalah tergolong dalam haiwan bertulangbelakang (veterbrae). Dan ikan-ikan ini telah dikelasifikasikan ke dalam beberapa major. Antaranya:

1. Class Myxini
2. Class Pteraspidormorphi
3. Class Thelodonti
4. Class Anaspida  dan beberapa lagi class lain. 

Agak-agak pernah tak kita terfikir,bagaimana ikan itu bernafas?? Bagaimana ia menggunakan insang untuk bernafas??? Bagaimana dia undergo digestion and excretion???? Justeru, sebagaimana Allah mengurniakan akal untuk kita berfikir dan menimmba ilmu, Maka gunakanlah ia untuk berfikir akan ilmu2 Allah ini. Dan setelah ditimba ilmu itu, berkongsilah dengan yang lain. Kerana setitik ilmu yang dicurah kepada yang lain, selautan ilmu lagi yang dikurniakan Allah kepada kita. 

 Dan hargailah khazanah alam kita ini. Kerana  tak mustahil kalau suatu hari nanti kita akan kehilangan khazanah alam ini. Jika itu berlaku, salahkan diri sendiri kerana tangan manusia itulah yg mampu membinasakan mereka. Wassalam.~