Monday, November 29, 2010

~Pantun-Berpantun~

weehoooo.....ait2..di sini sedang hujan.syok meh hujan2 nih.sejuk sahaja. erm, tbe2 rse nk mencipta pantun.
Jom2 tgk pantun ciptaan ku nih :)

Kiambang melata pinggiran paya
Berselangnya ara di musim salju
Pemuda sengketa hidup berfoya
Mercu negara ke mana menuju?

Senja menjelang berlabuhnya petang
Hinggap terkukur di hujung dahan
Agama menghilang barat ditatang
Akhlak si Timur siapa pertahan?

Berjalan sang unta di tengah padang
Datangnya taufan arahnya hilang
Dijaja sengketa damai terbuang
Darah selautan siapa si dalang?

Bermain kedidi tepian laman
Kembang si melur hari dah petang
Ilmu nan tinggi diusung sezaman
Bakti ditabur ke mana menghilang?

Fikir-fikirkanlah ke mana arah tuju kita ....:)


No comments:

Post a Comment