Sunday, November 28, 2010

The Arrogant M vs The Stone Cold F (2)

Mr.Arrogant. Pagi itu, persiapan Family Day berjalan dengan lancar. Director mereka?? Siapa lagi kalau bukan Mr.Arrogant. Hah! Siapa tidak kenal dengan Mr.Arrogant. Mr.Right kata student2 di Kolej T. Tapi bagi si Stone Cold F, lelaki itu adalah Mr. Arrogant. Siapa Stone Cold F? Ha....akan datang cerita beliau nanti. Berbalik pada Mr. Arrogant, Family Day ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan student2 lame dan baru. Dan Mr. Arrogant sedang mengangkat barang-barang yang akan diperlukan untuk majlis itu nanti. Konco-konco Mr. Arrogant juga sedang bertungkus-lumus menyiapkan stage dan menyusun atur barang-barang di foyer bersebelahan dengan Bangunan Khatulistiwa itu. Tiba-tiba, seorang teman rapat Mr. Arrogant menyapa bahunya.

   "Hoi! cuba ko tengok awek tu...Cun bai....kalau aku ade awek macam tu bro...pergh! bahagia hidup aku ".....
Mr.Arrogant melihat ke arah pelajar perempuan yang dimaksudkan. Kemudian, terus menyambung semula kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

   "Makaih. Boleh lak wat dunno. gay pe ko nih? tiap2 kali aku masuk topik awek jeh, ko wat muke xde perasaan" keluh temannya itu. Mr. Arrogant hanya buat2 tak dengar. Dalam hatinya......biarlah dia sahaja yang tahu.......



                                            ******************************************

                Minggu exam semakin hampir. Mr.Arrogant berdiri di hadapan library dengan megahnya.

       "Fuh! akhirnya aku menjejakkan kaki juga di menara ini setelah sekian lama". Langkahnya diteruskan menapak satu persatu di tangga library tersebut. Harap2 dapatlah dia menyiapkan assigmentnya ini yang tinggal lagi 3 hari perlu disubmit kepada Pn.Marliah, lecturer bagi subject Industrial Chemicalnya itu. "Ni lah akibat kalau aku siapkan assingment lewat macam ni..Akulah yang cari nahas tu.." desusnya dalam hati.

Manakala, di penghujung library, terlihat seorang pelajar perempuan yang sedang sibuk menelaah buku-bukunya yang menimbun atas meja. Ada test esok barangkali. Fokus habis! ketawa kecil Mr. Arrogant dalam hati.

   " Cantik gak budak perempuan nih...Hoi! Ko datang sini nak siapkan assingment ke nak cari calon isteri ?" terjah hatinya.Terus kepalanya disetting semula. Misinya adalah untuk menyiapkan assingmentnya hari ini juga!

2 comments:

  1. cerpen suke2 :) nape? starting dia ade dlm tajuk b4 diz.tajuk yg sme.

    ReplyDelete